Saturday 10 December 2011

Pertandingan Melukis Antara Negeri

Pertandingan Melukis Antara Negeri
Tajaan : Kwong Wah Yit Poh
Tempat : SJK(C) Union





 Ramai murid mengambil bahagian dalam pertandingan melukis kali ini termasuk peserta yang datang dari negeri Kedah, Perak, Perlis dan sebagainya. Pertandingan ini dapat mencungkil bakat generasi muda.


Berikut adalah hasil daripada murid yang menang dalam pertandingan melukis ini.
Pemenang bagi kategori murid sekolah rendah tahap 2


Pemenang bagi kategori murid sekolah rendah tahap 1


Pemenang bagi kategori tadika

  

Wednesday 7 December 2011

Garisan II

Fungsi Garisan


1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.


garisan menghasilkan rupa


garisan menghasilkan bentuk


garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan

garisan yang mencipta corak


garisan yang mencipta corak


Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.


penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan


perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap


semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan


Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni


1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)


Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya


penggunaan garisan dalam karya lukisan


Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng

karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan


karya tenunan juga mencipta garisan


aplikasi garisan dalam seni arca


garisan tampak jelas pada karya anyaman